Pelan Induk GIS 2016-2025 Negeri Melaka merupakan sebuah rancangan jangka panjang pembangunan GIS Negeri Melaka di bawah penyeliaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Pembangunan Pelan Induk GIS Negeri Melaka adalah selaras dengan Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) bagi menyediakan platform utama perkongsian maklumat geospatial untuk keseluruh Negeri Melaka. "MAP MELAKA" merupakan inisiatif kerajaan Negeri Melaka untuk membangunkan sistem aplikasi GIS bersepadu ("One Stop Center").

Objektif di dalam Pelan Induk GIS Negeri Melaka 2016-2025 ini adalah :

- Memperkasa hala tuju pembangunan 1Map Melaka sebagai platform utama perkongsian maklumat geospatial untuk keseluruhan Negeri Melaka

- Mengariskan panduan yang jelas sebagai rujukan utama dalam memperkukuhkanpenggunaan GIS disetiap agensi Negeri Melaka

- Menyeragamkan keupayaan perkongsian data geospatial antara agensi-agensi Kerajaan di Negeri Melaka supaya lebih sistematik berteraskan teknologi geospatial.

 

Malaysia Geospatial Online Service (MyGOS) 

Pembangunan GIS Negeri menggunakan perkhidmatan MyGOS yang telah disediakan dibawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Penggunaan MyGOS bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi pentadbiran negeri akan memperolehi platform GIS yang terkini dan yang terbaik justeru memudahkan perkongsian maklumat diantara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.